Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan beberapa siri kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah.
Pada 13 Ogos 2026 rombongan kunjungan hormat telah ke Pejabat Daerah Kecil Sukau Dan Ketibaan rombongan daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Halidun, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Sukau.
Turut hadir Tuan Matmin Bin Etin, Ahli Lembaga Pengarah LKNS serta beberapa pegawai kanan daripada LKNS iaitu Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan, Encik Mohd Nazrin Shah, Pengurus Bahagian Pendigitalan & Publisiti, Encik Henry Kim Lok dan Puan Laila binti Tahir, Pegawai daripada Bahagian Pembangunan LKNS.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membicangkan isu berkaitan mengangkat Kebudayaan etnik setempat dan cadangan pembukaan cawangan Galeri Etnik Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Selesai perbincangan agenda utama, rombongan tersebut meneruskan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke Galeri Etnik Sukau (NGO) dan Green View Lodge Resort.