Pemantauan Kerja-kerja Dokumentasi Etnik dan Rakaman Notasi Muzik Tradisi
Buletin Budaya | 27 Julai 2026 (Isnin)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) terus komited dalam usaha memartabatkan warisan budaya negeri menerusi pelaksanaan Pemantauan Kerja-kerja Dokumentasi Etnik dan Rakaman Notasi Muzik Tradisi yang melibatkan dua etnik iaitu Etnik Minokok di Tongod dan Etnik Murut Bookan di Tulid, Sook bermula pada 20 hingga 26 Julai 2026.
Rombongan LKNS diketuai oleh Pengurus Bahagian Pelancongan Budaya, Encik Azrul Jonilus Gosmin, bersama beberapa pegawai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Turut hadir bersama para penyelidik yang telah dilantik bagi menjayakan proses dokumentasi etnik ini.
Melalui pemantauan dan rakaman notasi muzik tradisi ini, LKNS berusaha memastikan setiap pelaksanaan projek mencapai matlamat yang ditetapkan, di samping memperkaya khazanah dokumentasi seni dan budaya Sabah. Inisiatif ini menjadi langkah penting dalam memelihara warisan tidak ketara agar terus kekal lestari sebagai sumber rujukan dan kebanggaan generasi masa kini serta masa hadapan.