Pemantauan kerja-kerja Dokumentasi Etnik dan Rakaman Notasi Muzik Tradisi
Buletin Budaya, 27 Julai 2026 (Isnin)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pemantauan kerja-kerja Dokumentasi Etnik dan Rakaman Notasi Muzik Tradisi melibatkan 3 etnik iaitu, Etnik Dusun Luba (Kota Marudu), Etnik Tagahas (Kota Marudu) dan etnik Tompizos (Sinua, Keningau) bermula pada 13 hingga 17 Julai 2026.
Rombongan LKNS yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Puan Flora Iban, Pengurus Bahagian Dasar Puan Fiona Jamiyan dan beberapa pegawai dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah para penyelidik yang telah dilantik bagi proses Dokumentasi etnik ini.
Pelaksanaan kerja pemantauan dan rakaman notasi muzik ini bertujuan untuk menilai dan menyemak imbang pelaksanaan projek ini di lapangan selain membantu menambah dan memperkayakan dapatan kajian melalui kepelbagaian dokumentasi seni budaya di negeri Sabah bagi simpanan dan rujukan untuk generasi masa hadapan.