Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bil. 2/2026
Buletin Budaya, 21 Julai 2026 (Selasa)
Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bil. 2/2026 telah diadakan pada 15 Julai 2026, bertempat di Wisma Perindustrian Likas dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hal ehwal perjawatan, tatatertib dan pengurusan sumber manusia bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.