Kunjungan Hormat Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS)
Buletin Budaya, 21 Julai 2026 (Selasa)
Satu kunjungan hormat daripada Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) yang diketuai oleh Datuk Haji Abdullah Haji Sibil ke Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah diadakan pada 20 Julai 2026. Kunjungan hormat tersebut disambut mesra oleh Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Sepanjang kunjungan hormat berlangsung, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pihak persatuan etnik Sabah di bawah naungan MAGEBS diantaranya membina satu bangunan Pusat Budaya dan Memantapkan konsep Hari Etnik Sabah yang bertujuan untuk memelihara dan memartabatkan budaya etnik sabah.