Festival Kebudayaan Rungus Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Julai 2026 bertempat di Pantai Teringai Kota Marudu, Sabah. Penganjuran kali ke-7 ini meneruskan tradisinya sebagai platform dalam memelihara, mengukuhkan, dan memartabatkan warisan seni budaya masyarakat Etnik Rungus Sabah.
Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sabah. Turut hadir Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah, serta Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBhg. Tuan Mackey Apison dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Acara utama Festival Kebudayaan Rungus Sabah ialah pertandingan Gimpuhut Tinongkupan iaitu pertandingan ratu tradisi khusus bagi etnik Rungus yang menampilkan keanggunan, kecantikan asli, serta keahlian peserta dalam memperagakan pakaian tradisi etnik Rungus Sabah.
Festival ini telah telah berjaya menarik minat masyarakat setempat dalam menilai dan mengamati keunikan sesuatu budaya sekaligus menjadi satu platform untuk terus memelihara dan memulihara identiti etnik masing-masing.