Kunjungan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) ke Balai Seni Lukis Sabah
Buletin Budaya, 23 Jun 2026 (Selasa)
Balai Seni Lukis Sabah telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) yang diketuai oleh YABhg Datin Seri Panglima Datuk Hjh. Juliah Salag pada 20 Jun 2026.
Puan Sara Elisya Ahmad Shah, Pengarah Balai Seni Lukis Sabah turut memberikan taklimat ringkas sebelum melawat ke Galeri Umum dan Galeri Yaman. Sepanjang lawatan tersebut, rombongan Mutiara GRS telah didedahkan dengan pelbagai genre karya dari Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2025.
Selain itu, rombongan turut disajikan dengan aktiviti mewarna batik yang dikendalikan oleh Puan Farah yang berkongsi ilmu serta memberikan tunjuk ajar mengenai teknik menghasilkan corak batik.
Pada akhir lawatan, pihak Balai Seni Lukis Sabah telah menyerahkan lukisan karikatur kepada setiap ahli pertubuhan sebagai tanda penghargaan.