Sorotan Kizod Kaamatan 2.0 2026 Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026
Buletin Budaya, 3 Jun 2026 (Rabu)
Sorotan Kizod Kaamatan 2.0 2026 Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 Mei 2026 bertempat di Pentas Luar KDCA Koisaan Cultural Village (KCV).
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Andi Md. Shamsureezal bin Mohd. Saina, Pembantu Menteri kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pertandingan ini menampilkan persembahan tarian kreatif berasaskan kepelbagaian budaya etnik Sabah yang penuh warna-warni dan bertenaga, sekali gus menjadi platform bagi memartabatkan warisan budaya serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam seni persembahan tradisional yang diinspirasikan dengan elemen kontemporari.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan pertandingan ini. Semoga usaha memelihara dan memperkasakan warisan budaya Sabah terus diperkukuh demi memastikan khazanah budaya negeri kekal lestari untuk generasi akan datang.