Bengkel Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026
Buletin Budaya, 30 April 2026 (Jumaat)
Bengkel Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Raia Hotel, Kota Kinabalu.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ketua-Ketua Bahagian Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, serta Presiden-Presiden Persatuan Etnik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dr. Paul Porodong atas sumbangan ilmu, masa dan kepakaran yang telah dikongsikan dalam Bengkel Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026.