Kemeriahan Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 2026 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah
Buletin Budaya, 28 April 2026 (Selasa)
Imbasan kemeriahan Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 2026 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang telah berlangsung pada 25 April 2026 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah I, wakil YAB Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Industri Kreatif merangkap Pengerusi Induk Sambutan serta Menteri-menteri dan Pembantu-pembantu Menteri Kabinet Sabah.
Turut hadir, YB Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun SUT KBSK, YBhg. Datuk Josie Lai, SUT KePKAS, YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi LKNS, YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar LKNS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah LKNS, serta Presiden-presiden dan Ahli-ahli Persatuan-persatuan etnik.
Majlis ini merupakan penganjuran kali-6 oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan antara etnik, di samping memelihara dan memartabatkan kepelbagaian warisan budaya negeri Sabah. Penganjuran Hari Etnik Sabah juga bukan sahaja menjadi platform penyatuan masyarakat pelbagai etnik, malah turut menyaksikan penyampaian anugerah dan pengiktirafan seperti Anugerah Peneraju Etnik, Sijil Penghargaan Penggiat Seni Budaya serta Sijil Pengiktirafan Jurulatih Budaya dalam bidang tarian dan muzik etnik kepada individu, komuniti, kumpulan dan institusi sebagai penghargaan atas sumbangan mereka dalam memperkasa seni dan budaya negeri Sabah. Inisiatif ini diharap dapat terus menyemai semangat kecintaan terhadap warisan budaya serta memperkukuh jati diri dan perpaduan masyarakat Sabah. Melalui penglibatan pelbagai pihak, penganjuran ini diharap dapat terus menyemai semangat perpaduan, memelihara khazanah budaya dan mengangkat identiti Sabah ke persada yang lebih tinggi.
"Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah"