Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Etnik Sabah 6.0
Buletin Budaya, 01 April 2026 (Rabu)
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2026 Bil. 2/2026 telah diadakan pada 31 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Balai Seni Lukis Sabah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Turut hadir ialah Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni dan Budaya, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, bersama pegawai-pegawai LKNS yang lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan komitmen dalam mesyuarat ini.
Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan perancangan pelaksanaan serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat, demi memastikan Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan kepada aspek penyelarasan program, pembahagian tugas, serta penetapan garis masa pelaksanaan bagi memastikan setiap komponen majlis dapat dilaksanakan secara efektif dan berimpak tinggi.