Bengkel Kejurulatihan Tari dan Muzik Etnik Sabah Edisi 1/2025
Buletin Budaya, 08 Disember 2025 (Isnin)
Bengkel Kejurulatihan Tari dan Muzik Etnik Sabah Edisi 1/2025 telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, YBhg. Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. YBrs. En. Mohd Jumran bin Tambon, Timbalan Pengarah JKKN Sabah serta pegawai-pegawai kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang turut memeriahkan majlis perasmian tersebut.
Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari, bermula 4 hingga 5 Disember 2025, bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang. Penganjuran ini menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai persatuan etnik dan kumpulan kesenian, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan dalam usaha memelihara, memartabatkan dan mengembangkan seni budaya etnik negeri Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta dedikasi tinggi dalam memastikan penganjuran bengkel ini dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mencapai objektif yang digariskan.