Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Pemetaan Budaya 2025
Buletin Budaya, 24 November 2025 (Isnin)
Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Pemetaan Budaya 2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, YBhg Datin Dr. Cleopatra @ Claire Asing telah diadakan pada 21 November 2025 bertempat di Balai Seni Lukis Sabah. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Puan Flora Iban, Pengurus Bahagian Penyelidikan, Puan Esmarida Ebos, Pegawai-pegawai Daerah, Persatuan Kebudayaan dan Perunding Kebudayaan.
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membuat penyelidikan dan dokumentasi pada tahun 2026 yang melibatkan lapan [8] etnik iaitu Persatuan Kebudayaan Bajau Kuvang, Persatuan Etnik Dusun Minokok Tompizos Sabah (PEDMTS), Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah, Persatuan Kebudayaan Etnik Tagahas, Persatuan Bonggi Sabah (SABA), Persatuan Murut Bookan Sabah, Persatuan Dusun Luba Sabah (PDLS) dan Persatuan Etnik Paluan Bersatu Nabawan Sabah.