Festival Budayaw ialah acara seni dan budaya dwi-tahunan BIMP-EAGA (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia Philippines - East ASEAN Growth Area) yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan serantau serta menonjolkan kekayaan warisan budaya antara negara terlibat. Festival Budayaw ke-lima 2025 berlangsung pada 4–8 November di Puerto Princesa, Palawan, Filipina dengan Malaysia diwakili oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah , Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Majlis Kraf Sarawak, Majlis Seni Sarawak, Pengusaha Tenunan Dastar Iranun Sabah serta Dr Paul Porodong (Perunding Budaya LKNS). Delegasi Sabah (Malaysia) diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap II (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah). Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang festival ialah Pameran dan jualan kraf tangan, bengkel kulinari, malam kebudayaan, kolokium serta lawatan di sekitar Puerto Princesa, Palawan, Filipina.