Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Koir Simfoni Integriti sempena Program Pelaksanaan Varsha Integriti 2025
Buletin Budaya, 01 Oktober 2025 (Rabu)
Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Koir Simfoni Integriti sempena Program Pelaksanaan Varsha Integriti 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Muhammad Sufi bin Kaim, PSUK KePKAS serta YBrs. Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 September 2025 di Dewan Auditorium, Aras 4, Menara Kinabalu ini berjaya menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan kementerian.
Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) kerana berjaya meraih tempat ketiga kategori Kementerian, membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta trofi. Lebih membanggakan, ini merupakan penyertaan sulung KePKAS dalam pertandingan koir berprestij ini.