Kunjungan Hormat daripada Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Buletin Budaya, 8 September 2025 (Isnin).
Kunjungan Hormat daripada Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta beberapa Pegawai Kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Wisma Perindustrian.