Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2025
Buletin Budaya, 31 Ogos 2025 (Ahad)
Program Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2025 telah diadakan pada hari ini dengan penuh warna-warni dan semangat patriotik. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bertempat di Dataran Merdeka, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu Sabah.
Sambutan kali ini menampilkan perarakan kontinjen agensi kerajaan, pasukan beruniform, pertubuhan masyarakat serta persembahan seni budaya yang mencerminkan kepelbagaian etnik dan keharmonian rakyat Sabah.