Imbasan kemeriahan Pertandingan Citra Seni Sabah 3.0 (CITRAS).
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada 23 Ogos 2025 bertempat di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall. Turut hadir bersama YBhg Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah,YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta beberapa Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pegawai-pegawai Kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pertandingan Citra Seni Sabah 3.0 (CITRAS) ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 22-23 Ogos 2025 dan mempertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.Program Pertandingan Citra Seni Sabah 3.0 (CITRAS) ini diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.
Sebanyak 10 sekolah telah mengikut pertandingan tersebut :
Sekolah Rendah :
1. SK. Pekan, Keningau (Johan)
2. SK. Lasau Tintapon, Kota Belud (Naib Johan)
3. SK. ST. Benedict, Ranau (Ketiga)
4. SK. Pekan, Ranau (Saguhati)
5. SK. Kampong Baru, Keningau (Saguhati)
Sekolah Menengah :
1. SMK. Kolombong, Kota Kinabalu (Johan)
2. SMK. Narinang, Kota Belud (Naib Johan)
3. SMK. Pekan Telipok, Tuaran (Ketiga)
4. SMK. Bandaraya, Kota Kinabalu (Saguhati)
5. SMK. Bongawan, Papar (Saguhati)
Sekali lagi ucapan tahniah kepada para pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Negeri Sabah, 1Borneo Hypermall dan semua sekolah yang telah terlibat serta meyokong dan menjayakan Program Citra Seni Sabah 3.0 (CITRAS). sampai jumpa lagi ditahun akan datang.