Program Pesta Mongumo Dan Majlis Penutupan Pesta Mongumo
Buletin Budaya, 13 Ogos 2025 (Rabu)
Imbasan Program Pesta Mongumo yang diadakan pada 9 Ogos 2025 dan Majlis Penutupan Pesta Mongumo pada 10 Ogos 2024 bertempat di Dewan Sri Lawag, Kinabatangan. Terdapat pelbagai persembahan dan aktiviti menarik yang telah diadakan seperti persembahan pentomim, pameran makanan tradisi, kraftangan pelbagai etnik, pertandingan Ibu Anggun pertandingan, Sijil Gumbilaan (angkat berat) dan Livovos (melastik),
Program tersebut dirasmikan oleh wakil Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Encik Supian Buang, diiringi oleh Puan flora Iban, Timbalan Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Tuan Abdul Rahman Bulinti, Presiden Persatuan Kebudayaan Etnik Sukang Sabah (PEKESS).