Persembahan Khas Daripada Artis Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bersama Artis Budaya Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Sabah Sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025
Buletin Budaya, 11 Ogos 2025 (Isnin)
Persembahan Khas daripada Artis Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Artis Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman Yang di-Pertua Negeri Sabah. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Festival ini bertujuan memelihara, memperkasa dan mempromosikan budaya Rumpun Bajausama yang merupakan sebahagian daripada warisan penting negeri Sabah, di samping memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang etnik melalui persembahan seni, muzik, tarian, bahasa, makanan dan permainan tradisional. Festival ini telah berlansung selama empat hari bermula pada 07 hingga 10 Ogos 2025 yang diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg, Lok Batik, Tuaran.