Bengkel Asas Tari Dan Muzik Limbai Sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025
Buletin Budaya, 11 Ogos 2025 (Isnin)
Bengkel Asas Tari dan Muzik Limbai sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025 yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Kassim Bin Haji Razali, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Merangkap Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah. Turut Hadir YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah,Pegawai-Pegawai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta beberapa guru-guru pengiring sekolah yang hadir bersama.
Program Bengkel Asas Tari dan Muzik Limbai ini telah disertai oleh murid-murid sekolah sekitar Daerah Tuaran dan berlangsung selama dua hari iaitu pada 08-09 Ogos 2025 yang diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg, Lok Batik, Tuaran.