Lawatan Kerja Daripada YBHG. Datin Dr. Cleopatra@ Clare Asing, Timbalan Setiausaha Tetap 2, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah
Buletin Budaya, 08 Ogos 2025 (Jumaat)
Lawatan Kerja daripada YBhg. Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Timbalan Setiausaha Tetap 2, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang baharu disambut mesra oleh YBrs Tuan Masi Maksud, Sektor Pengurusan Timbalan Pengurus Besar selalu wakil Pengurus Besar. Hadir Sama Puan Marcella Timothy, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Pusat-Pusat Budaya, Puan Sara Elisya Ahmad Shah, Pengarah Balai Seni Lukis Sabah serta beberapa Pegawai Kanan LKNS. sesi lawatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, tingkat 4, Wisma Perindustrian.
Pengurus Besar serta seluruh warga LKNS merakamkan Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing atas perlantikan beliau sebagai TSUT II KePKAS.