Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025 kali ke-10 yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman Yang di-Pertua Negeri Sabah. Yang Berhormat Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Yang Berhormat Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Berbahagia Tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bersama delegasi dari Indonesia, Philippines ,Kazakhstan. Turut hadir bagi memeriahkan acara iaitu YBrs Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan yang mewakili Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan perarakan dan persembahan kesenian daripada 30 Etnik yang terdapat di Daerah Tawau serta daripada Negara Indonesia,Philippines dan Kazakhstan.Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025 telah diadakan pada 02 Ogos 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.