Sorotan Kaamatan Vaganza 2025 sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025
Buletin Budaya, 03 Jun 2025 (Selasa)
Sorotan Kaamatan Vaganza 2025 sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 yang diadakan pada 30 May 2025 bertempat Pentas Luar KDCA, Koisaan Cultural Village (KCV). Terdapat beberapa artis tempatan yang telah membuat persembahan pada malam tersebut iaitu Ann boniface, Maldini, Sitipa ft Jenny, Nelson Asik, Martha, Lopz walla, Ray Guntabid dan Norbert.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Turut Hadir sama Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besarbagi memeriahkan majlis tersebut.