Sorotan kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Sabah
Buletin Budaya, 31 Januari 2025 (Jumaat)
Sorotan kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung di Dewan Sipadan Tingkat 4, Sabah International Convention Centre pada 30 Januari 2025.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, Yang Di-Pertua Negeri Sabah beserta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Binti Haji Tussin. Turut hadir Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta dif-dif jemputan yang lain.
Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah selaku pengelola Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Pada tahun ini.