Seminar Pemerkasaan Komuniti Budaya Melalui Protokol Budaya Komuniti Sempena Perayaan Hari Etnik Sabah 4.0
Buletin Budaya, 16 November 2024 (Sabtu)
Seminar Pemerkasaan Komuniti Budaya Melalui Protokol Budaya Komuniti Sempena Perayaan Hari Etnik Sabah 4.0 2024 telah berlangsung di Ballroom ITCC Penampang.
Seminar tersebut dirasmikan oleh YBhg. Tuan Dikin Bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mewakili YB Datuk Seri Panglima Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut Hadir memeriahkan Majlis YBhg. Puan Alesia Sion, TSUTII KePKAS, YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Ahli-ahli Persatuan-persatuan Etnik.