Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menganjurkan tiga program selama dua hari di Le Meridien Hotel
Buletin Budaya, 09 November 2024 (Sabtu)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menganjurkan tiga program selama dua hari di Le Meridien Hotel (7 & 8 Nov 2024).
Majlis ini merupakan sebuah pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri kepada agensi dan Pengurus Sumber Manusia (PSM).
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Jason Blasius (PSM LKNS) kerana berjaya menempatkan diri di kalangan lapan ( orang penerima Anugerah Pengurus Sumber Manusia (PSM) Terbaik 2024 dan LKNS juga telah menerima Penarafan 5 Bintang bagi Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2)