menghadiri rakaman temu bual daripada The IBR Asia Group
Buletin Budaya, 16 Oktober 2024 (Rabu) YBhg Tuan Dikin Bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah menghadiri rakaman temu bual daripada The IBR Asia Group yang diketuai oleh Dato Beatrice Maria Nirmala, Pengasas dan CEO The IBR Asia Group. Rakaman temu bual tersebut diadakan di Sabah International Convention Center pada jam 9 pagi. Rakaman temu bual tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan fungsi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, mempromosi dan berkongsi keunikan kepelbagaian budaya etnik di Sabah. #62/24 #buletinbudayalkns #sabahmajujaya #lembagakebudayaannegerisabah