Majlis perasmian Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 25 Ogos 2024 (Ahad)
Majlis perasmian Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Malaysia Hindu Sangam Sabah, Persatuan Bumiputera Christian Sabah, Persatuan Cina Sabah dan Singh Sabha Sabah. Program ini membuka tirainya di Sri Pasupathinath Alayam Temple and Hall, Bukit Padang Kota Kinabalu.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Murad Abd Rashid wakil kepada Yang Berhormat Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan diiringi oleh YBrs. Tuan Mackey Apison Lo, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta pengerusi/ wakil pegerusi persatuan-persatuan yang lain turut menjayakan program tersebut.