Rombongan lawatan kerja Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Pegawai Kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ke Galeri Etnik Daerah Kota Belud.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat persekitaran Galeri Etnik Kota Belud (termasuk laluan berkuda) dan membincangkan hal-hal berkaitan dengan objektif utama untuk penambahbaikan tempat tersebut