Rombongan lawatan kerja Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 05 Jun 2024 (Selasa)
Rombongan lawatan kerja Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Pegawai Kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ke Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom (PKMST).
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat persekitaran Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom (PKMST) dan membincangkan hal-hal berkaitan dengan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke tempat tersebut.