Bengkel Asas Koreografi Tari 2024 yang telah diadakan pada 16 Mei 2024 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Tuaran. Bengkel ini dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Sebanyak 7 Sekolah telah menyertai bengkel ini dengan peserta seramai 70 orang.
Bengkel Asas Koreografi Tari 2024 dirasmikan oleh YBhg Tuan Mohammad Ghazali bin Hajiji, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBhg Tuan Dikin bin Haji Musah dan turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs Tuan Mackey Apison.