Rombongan lawatan yang diketuai oleh Ybhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 10 Mei 2024 (Jumaat)
Rombongan lawatan yang diketuai oleh Ybhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Stanis Buandi serta beberapa ahli lembaga pengarah dan Pegawai Kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada 9 Mei 2024 ke Bangunan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya Sabah, Beaufort yang disambut oleh Yang Berhormat Datuk Ruslan Muharam, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membincangkan dan menjalinkan kerjasama dalam program/aktiviti hentian budaya (cultural pit stop) yang dicadangkan akan diadakan di daerah Beaufort.