Majlis perasmian Pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) Peringkat Daerah Kota Belud 2024
Buletin Budaya, 04 Mei 2024 (Sabtu)
Majlis perasmian Pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) Peringkat Daerah Kota Belud 2024 telah diadakan pada 4 Mei 2024 bertempat di Palm Square, Centre Point Sabah yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Kartini Madun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Turut hadir wakil Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Encik Mohd Nazrin Shah, Pengurus Bahagian Pendigitalan dan Publisiti LKNS. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Ritah Giau selaku Pengerusi program tersebut.