Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2024 M / 1445 H
Buletin Budaya, 14 April 2024 (Ahad)
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2024 M / 1445 H.
Sekitar kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2024 M / 1445 H. Majlis ini telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu bermula 10.00 pagi – 2.00 petang.
Majlis tahunan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni. Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag juga turut menyantuni hadirin.
Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBhg Tuan Dikin bin Haji Musah dan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs Tuan Mackey Apison bersama Presiden-Presiden Persatuan & Pertubuhan Etnik juga turut hadir ke majlis yang penuh makna ini.