The Official Website Of

Sabah Cultural Board

Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah

Syarat dan Peraturan Penyewaan PKSP

BIL PERKARA
1.

Bayaran wang tempahan (booking fees) RM500.00 akan dikenakan semasa membuat tempahan dewan dan sekiranya penyewa membatalkan tempahan, wang tempahan tersebut tidak dikembalikan.  Jika pembatalan dibuat oleh pihak pengurusan PKSP, wang tempahan akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari masa bekerja.  Wang tempahan akan ditolak daripada jumlah pakej penyewaan semasa membuat bayaran penuh.

2.

Pengurusan PKSP akan memberi tempoh satu minggu sahaja daripada tarikh tempahan untuk membuat pengesahan dengan mengisi borang dan membayar yuran tempahan RM500.00.  Tempahan yang tidak dibuat pengesahan selepas satu minggu secara otomatiknya akan terbatal.

3.

Cagaran Keselamatan harta benda sebanyak RM500.00 akan dikenakan dan wang cagaran akan dikembalikan sekiranya pihak pengurusan PKSP berpuas hati dengan keadaan harta benda dan bangunan selepas pemeriksaan dibuat.  Bayaran tambahan akan dikenakan jika kerosakkan melebihi daripada jumlah cagaran.

4.

Cagaran Keselamatan boleh dituntut 2 hari selepas acara/majlis.  Wang cagaran yang tidak dituntut selepas satu bulan akan lupus.

5.

Bayaran penuh hendaklah dijelaskan seminggu sebelum acara/majlis.

6.

Pelanggan / Penyewa WAJIB mengambil Panel / Pembekal yang telah dilantik oleh pihak pengurusan Pusat Kebudayaan Penampang Sabah.

7.

Bayaran RM300.00 akan dikenakan sekiranya pelanggan / penyewa menempah pembekal luar.

8.

Pengguna / Penyewa bertanggungjawab membayar ganti rugi / mengganti /membaiki sebarang kerosakkan atau kehilangan keatas kemudahan milik LKNS dalam tempoh penggunaan / penyewaan.

9.

Pihak LKNS tidak bertanggungjawab mengenai sebarang tuntutan ke atas sebarang kemalangan / kecederaan / kehilangan yang berlaku sebelum / semasa / selepas acara dan ianya dibawah tanggungjawab pihak pengguna / penyewa itu sendiri.

10.

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah berhak membatalkan tempahan dengan notis sebulan sebelum acara kepada penyewa, atas sebab masalah teknikal dewan dan acara rasmi Kerajaan Negeri / Persekutuan.

11.

Pengurusan LKNS berhak menolak / memberhenti / membatal / menangguhkan acara dengan serta merta penggunaan yang sedang / akan berlangsung sekiranya peraturan dan syarat tidak dipatuhi oleh penguna / penyewa.

12.

Penggunaan Kompeti (POPPERS PARTY ) dan Persembahan Api adalah dilarang dan tidak dibenarkan penggunaannya di dalam dewan.

13.

Penghawa dingin akan dipasang setengah jam sebelum acara / majlis bermula dan ditutup pada masa yang ditetapkan mengikut masa yang ditempah.(Sila maklumkan kepada pengurusan dewan sekiranya ingin melanjutkan masa acara setengah jam sebelum acara tamat)

14.

Penyewa WAJIB menggunakan khidmat RELA bagi memastikan keselamatan sepanjang majlis berlangsung dalam keadaan terkawal.

15.

Sekiranya syarat-syarat tidak dipatuhi, pengguna/penyewa boleh diambil tindakan mengikut ketetapan pihak pengurusan LKNS.  Syarat-syarat adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan LKNS.