Kunjungan Hormat daripada Sabah International Convention (SICC)
Buletin Budaya, 27 Ogos 2026 (Khamis)
Satu kunjungan hormat daripada Sabah International Convention (SICC) yang diketuai oleh Puan Suzan George ke Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah diadakan pada 27 Ogos 2026 (Khamis). Kunjungan hormat tersebut disambut mesra oleh YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Sepanjang kunjungan hormat berlangsung, perbincangan dan cadangan kerjasama telah dikemukakan oleh pihak SICC berkaitan penganjuran acara-acara rasmi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, khususnya dalam memperkukuh hubungan kerjasama bersama pihak SICC.