Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penerbitan Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Puan Flora Iban. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan, menilai dan mempertimbangkan senarai buku yang akan diterbitkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bagi Tahun 2026.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Norita Binti Tani wakil daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) , Puan Julianah Kuli (Timbalan Pengarah 1) dan Puan Noorzanani Kata (Ketua Unit Penerbitan) dari Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah (DBP) , Tuan Julius Bakar dari Jabatan Cetak Kerajaan Sabah dan Tuan Stenley Peter wakil dari Jabatan Muzium Sabah.
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini menjadi titik awal kepada pelaksanaan kerja-kerja penerbitan Buku terbitan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bagi tahun 2026.