Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026
Buletin Budaya, 24 Ogos 2026 (Isnin)
Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 telah berlangsung pada 23 Ogos 2026 (Ahad) Bertempat di Sri Pasupathinath Alayam Temple and Hall, Bukit Padang Kota Kinabalu.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan diiringi oleh YBrs. Tuan Mackey Apison Lo, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta pengerusi/ wakil pegerusi persatuan-persatuan yang lain turut menjayakan program tersebut.
Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Malaysia Hindu Sangam Sabah, Persatuan Bumiputera Christian Sabah, Persatuan Cina Sabah dan Singh Sabha Sabah.