Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Ranau Pada 21 Ogos 2026.Rombongan ini diketuai oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya (SPSB) bersama beberapa pegawai telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah Ranau, (DO) YBhg. Tuan Tinus bin Manggam.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama strategik dalam usaha memartabatkan seni dan budaya negeri Sabah menerusi penganjuran program yang sinonim dengan Daerah Ranau iaitu Festival Sunduan Do Nunuk Ragang Sabah 2027.