Satu kunjungan hormat daripada pihak MSU College Sabah telah diadakan pada 08 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Kunjungan yang diketuai oleh Puan Dewie Trieana Arfiane telah disambut mesra oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mewujudkan kerjasama diantara pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan MSU College Sabah serta mendapatkan pandangan berhubung penyertaan pempamer daripada Persatuan etnik-entnik Sabah dalam program Sabah Ethnic Festival 2026 yang akan diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang pada 20 Ogos 2026.
Program ini diharap menjadi satu platform untuk mengetengahkan warisan budaya, adat resam, pakaian tradisional, kraftangan serta keunikan etnik-etnik Sabah kepada para peserta dan pengunjung festival.