Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Warisan Tidak Ketara Bil. 1/2026
Buletin Budaya, 09 Julai 2026 (Khamis)
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Warisan Tidak Ketara Bil. 1/2026
Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Joanna Datuk Kitingan dan dihadiri oleh Encik Lester Millip, Pengarah Jabatan Muzium Negeri Sabah, Pn. Flora Iban, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, En Yee Tsai Howe Jabatan Peguam Negeri Sabah, Puan Cathrine Su Sun Thien, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, serta pakar-pakar Prof. Madya Dr. Jeannet Stephens dan Dr. Paul Porodong. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah daripada Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS).
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal ehwal teknikal pewartaan di bawah Enakmen Warisan Negeri Sabah 2017.