Mesyuarat Perbincangan Pengisian Aktiviti Kompleks Kebudayaan Sabah, Kinarut
Buletin Budaya, 02 Julai 2026 (Khamis)
MESYUARAT PERBINCANGAN PENGISIAN AKTIVITI KOMPLEKS KEBUDAYAAN SABAH, KINARUT
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah mengadakan Mesyuarat Perbincangan Pengisian Aktiviti Kompleks Kebudayaan Sabah, Kinarut yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma Perindustrian.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mackey Apison dan turut dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Jeannet Stephen daripada Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Paul Perodong serta Puan Yee I-Lan Maria.
Perbincangan ini memfokuskan kepada agenda pengisian aktiviti Kompleks Kebudayaan Sabah, Kinarut, merangkumi cadangan program serta perancangan aktiviti yang bersesuaian bagi menghidupkan fungsi kompleks tersebut sebagai pusat kebudayaan negeri.
Sesi perbincangan turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mengemukakan cadangan dalam merangka pengisian aktiviti yang terancang, berimpak dan selaras dengan usaha memartabatkan serta mempromosikan warisan budaya Sabah.