Program Sabah National Tabletop Con 2026 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di Balai Seni Lukis Sabah pada 20 Jun 2026.
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh tetamu jemputan kehormat, antaranya:
- Datuk Thomas Logijin (Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah)
- Yang Berbahagia Puan Dayang Fauzana Octavia Alli (Konsul Agung Negara Brunei Darussalam)
- Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Acara yang bertemakan permainan papan (board games) dan hiburan interaktif ini dianjurkan oleh Sabah Trade and Tourism Office Singapore (STTOS) dengan kerjasama #Laiplayleow dan D’Hijrah Global.
Selesai majlis perasmian, atur cara diteruskan dengan lawatan ke setiap meja permainan papan yang berlangsung di Aras 4 (Galeri Yaman), Balai Seni Lukis Sabah. Sebagai penutup tirai, para tetamu jemputan diundang untuk melawat sekitar tapak acara Night Picnic@Kulung Edisi Arcade Retro Night yang diselaraskan oleh Ma Lune Cafe.