Hari pertama 6 Mei 2026 Bengkel Profesionalisme Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan
Buletin Budaya, 7 Mei 2026 (Khamis)
Hari pertama 6 Mei 2026 Bengkel Profesionalisme Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Balai Seni Lukis Sabah.
Bengkel dalaman ini telah dikendalikan oleh Puan Haira binti Mus, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dan dipengerusikan oleh Tuan Masi bin Maksud, Timbalan Pengurus Besar, Sektor Pengurusan LKNS. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan tahap profesionalisme serta memantapkan kompetensi anggota keselamatan dalam melaksanakan tugasan harian di agensi kerajaan.