Kunjungan Hormat daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Amir@Amir Shah bin Yaakub
Buletin Budaya, 08 Mei 2025 (Khamis).
Kunjungan Hormat daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Amir@Amir Shah bin Yaakub, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah disambut mesra YBrs. Tuan Imran Tajuddin Bin Edy, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan selaku wakil Preside MPS dan diringi oleh Tuan Kazroy Nizam Bin Sani, Pegawai Jabatan Perancang Bandar & Senibina MPS.
Kunjungan Hormat tersebut telah diadakan pada 06 Mei 2025 di Bilik Mesyuarat Bakungan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Sandakan.
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan bentuk jalinan kerjasama dalam merealisasikan visi dan misi untuk mengangkat kebudayaan dan kesenian khususnya di daerah Sandakan ini.
Turut hadir sama YBrs Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan, YBrs Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya, Encik Matmin bin Etin, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Puan Kartini binti Madun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah