Pertandingan Akhir Buvanzoi Tavantang Kaamatan (MRK) 2024
Buletin Budaya, 29 Mei 2024 (Rabu)
Pertandingan Akhir Buvanzoi Tavantang Kaamatan (MRK) 2024 yang telah berlangsung pada 28 Mei 2024 bertempat di Dewan KDCA, Penampang.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mewakili YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Casey Jovial, Pengerusi Buvazoi Tavantang Kaamatan Peringkat Negeri Sabah diatas kejayaan dalam menganjurkan pertandingan tersebut.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada 7 pemenang Pertandingan Akhir Buvanzoi Tavantang Kaamatan (MRK) 2024.