Menu

Products

Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah - Etnik Iranun | Code to pay : ISBN 978-967-10848-7-8

SINOPSIS : Etnik Iranun merupakan etnik yang majoritinya menetap di Kota Belud dan sebilangan kecilnya berada di Lahad Datu, Kudat, dan Kota Kinabalu. Perkataan Iranun membawa maksud berkasih-kasihan. Perkataan “ranun” sebenarnya membawa makna suatu perasaan yang lebih tinggi nilainya dibandingkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Apabila perkataan “ranun” ditambah dengan huruf “i” di pangkalnya, perkataan tersebut menjadi iranun seperti yang ada pada hari ini. Etnik Iranun terkenal dengan tenunan kainnya seperti balburu atau malboro, mugah, batabur, jali-jali dan siambitan. Kain tenunan etnik iranun mempunyai kualiti yang tinggi dan nilainya boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Kain ini biasanya dijadikan sebagai pakaian tradisi, pakaian rasmi, pakaian pengantin dan sebagainya. Maklumat yang mendokumentasikan dan direkodkan dalam buku ini telah memberi gambaran yang lebih jelas lagi kepada dunia luar mengenai etnik iranun dan menonjolkan lagi keunikan dan keistimewaan yang ada pada etnik ini. Dapatan ini juga telah membuka ruang kepada dunia luar untuk lebih mengenali etnik ini dengan lebih mendalam. [ For Purchases, please contact Marketing Division at 013-8638871 (Chin Sett Ling) / 016-8247346 (Said) ].
For online purchases, you can insert the ISBN NO into Sabah Pay > ISBN 978-967-10848-7-8

Please refer guideline here