Bantuan Covid19 Kepada Penggiat Seni Sabah Tahun 2020. Berita Baik Kepada Penggiat Seni yang berasal dari Sabah. Permohonan Bantuan COVID19 kepada para penggiat seni budaya kini dibuka bermula 3hb hingga 10hb November 2020. Borang boleh didapati di laman sesawang Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah https://culture.sabah.gov.my. atau terus menggunakan pautan ini https://forms.gle/joKhSEgYfuEpeonV9 . Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Supian Buang +60168482974 / Pn. Eva Anani Baggai +60128341416 . Anda boleh membuat permohonan dengan menekan pautan URL di bawah.