Syarat-Syarat Pendaftaran Badan Kebudayaan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
TAFSIRAN BADAN KEBUDAYAAN
1. "Badan kebudayaan" ertinya sesuatu persatuan, pertubuhan, kumpulan orang, syarikat, perusahaan, institusi atau pusat kebudayaan yang menjalankan kebudayaan di Negeri Sabah” Seksyen 2, Enakmen Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah 1996 [Pindaan 2010].
2. Pendaftaran sebagai “Badan kebudayaan” juga mengambil kira individu (berkarya secara solo) didaftarkan sebagai sebahagian dalam “kumpulan orang” dalam penggiat seni.
SYARAT-SYARAT AM
3. Pemohon (atau wakilnya) merupakan warganegara atau berstatus penduduk tetap Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
4. Badan Kebudayaan yang didaftarkan beroperasi di Sabah.
5. Aktif menjalankan kebudayaan dan kesenian di negeri Sabah.
6. Menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian sebagai kegiatan utama dalam mana-mana kelas seperti berikut:
Kelas 1 |
Persembahan pentas dan tontonan ramai |
Kelas 2 |
Dokumentari dan perfileman |
Kelas 3 |
Seni Visual |
Kelas 4 |
Fesyen dan peragaan pakaian |
Kelas 5 |
Perkhidmatan tempat peranginan, lawatan dan penginapan |
Kelas 6 |
Ejen atau orang tengah untuk promosi lawatan pelancongan, jualan produk seni budaya atau perkhidmata kebudayaan |
Kelas 7 |
Pembuatan kraf tangan berasaskan hasil rimba, benang atau manik, tekstil, logam, seramik atau kaca |
Kelas 8 |
Peruncit atau pemborong hasil kraf tangan dan makanan |
Kelas 9 |
Penulis buku, blogger atau karya bercetak termasuk kaedah digital, media sosial, vloger |
Kelas 10 |
Seni mempertahankan diri |
Kelas 11 |
Perubatan tradisional termasuk khidmat urutan dan ritual budaya |
Kelas 12 |
Perniagaan berasaskan rakaman dan komposisi gubahan lagu |
Kelas 13 |
Kegiatan berkaitan denga pengajaran dan pembelajaran seni budaya |
Kelas 14 |
Lain-lain yang tidak termasuk dalam kelas-kelas di atas |
KADAR YURAN PENDAFTARAN
7. Kadar yuran pendaftaran badan kebudayaan adalah seperti berikut:
Bil |
Jenis pendaftaran |
Kadar yuran /Fi (RM) |
Catatan |
(1) |
Syarikat |
RM50.00 |
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1995 |
(2) |
Institusi |
RM50.00 |
Kerajaan atau swasta |
(3) |
Pusat Kebudayaan |
RM50.00 |
- |
(4) |
Perusahaan(selain syarikat) |
RM30.00 |
Mempunyai lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan |
(5) |
Persatuan |
RM30.00 |
Berdaftar dengan ROS |
(6) |
Komuniti |
RM30.00 |
Kumpulan orang termasuk komuniti kampung, komuniti pelancongan, kelab, buskers yang diadakan lebih daripada 2 orang) |
(7) |
Penggiat budaya (Individu) |
RM30.00 |
Bergiat secara solo |
8. Caj yuran pendaftaran dikenakan sekali sahaja selagi badan kebudayaan yang didaftarkan masih aktif (menghantar laporan tahunan dalam bentuk minit mesyuarat yang menyatakan jawatankuasa dan aktiviti tahunan).